Wednesday, June 24, 2009

SMS Dari Mokdik @ CikNor dan Siti Farhana

Salam. Ayah D ada terima SMS dari Mokdik @ CikNor bunyinya lagu ni:

" Dah berhari2 kerinduan kepada ayah menusuk jiwa. Hari Bapa datang lagi . Kali ini tanpa ayah yang kita cinta. Semoga ayah tenang di persemadiannya atas ingatan dan doa kita serta legasi yang telah dia tinggalkan ".

Dua tiga hari lagi akan genaplah setahun setengah ayah kembali ke rahmatullah. Kita yang tinggal akan meneruskan hidup seizin Allah. Kita akan meneruskan rutin harian dengan tugas dan tanggungjawab selaku bapa, ibu, adik beradik dan jawatan-jawatan secara langsung atau tidak. Mahu tidak mahu kita adalah hamba Allah yang punya tugas perhambaan yang difardhukan.

Kita bersyukur kerana dibimbing ayah secara langsung atau tidak menjadi hamba-hamba Allah yang soleh, insyAllah. Anak-anak yang mendoakan keampunan dan kerahmatan buat kedua bubapa. Kita juga mahu menjadi orang yang amalkan sodaqah jariah dan pemberi ilmu yang bermanfaat kepada generasi manusia sebagaimana murad hadith Nabi s.a.w; ayah kita sebagai ikon dalam merealisasikannya. Semoga jalan yang diterokai ayah itu sambung bersambung oleh anak cucunya.

Ayah D pagi ini menerima SMS dari Siti Farhana di Kota Merudu Sabah pula mengucapkan 'selamat hari jadi' kepada ayahnya. Catat beliau:

assalamualaikum my luvly dad...didoakan semoga ayah lebih sihat n bahagia selalu di bawah rahmat Allah. Alhamdulillah atas didikan n iringan doa ayah dan mak...iming pula berjaya melangkah ke U. Semoga kejayaan n kasih sayang kami semua membahagiakan kalian. Terima kasih atas segalanya. Kirim salam kat semua di rumah.

Barangkali ayah kita dulu selalu mendoakan anak-anaknya @ kita agar menjadi manusia baik, hamba Allah yang soleh dan anak yang mengenang budi. Sudah tentu kita berbangga punya ayah Ust Mat Sibaweh yang seperti kita arifi sosok peribadinya, maka kita juga mahu anak-anak kita arif tentang ibubapanya. Dua SMS di atas punya signifikannya tersendiri; lambang hubungan batini anak dan ayahnya.

2 comments:

  1. Salam,
    Ada tak jual jeruk ayah awak secara online. Nak belila jeruk kelubi tu. Boleh tolong?

    Saya dah try jeruk kelubi penang, masam..nak try ayah awak pulak. sebab susahnakcari org yang betul2 pandai buat jeruk kelubini..

    Tolong contact saya : 0199085074.

    ReplyDelete
  2. Pn./cik Nad. salam kembali. terima kasih kerana singgah dan menatap laman (keluarga kami)ini. Kisah almarhum ayah kami berniaga jeruk itu adalah kisah silam/nostalgia kami anak2nya. 40 tahun dahulu.
    maaf. permohonan anda terlewat amat dan mengharukan kami. ayah kami memang pakar membuat jeruk itu. itu dulu dlm akhir2 tahun 60an. ayah bersara membuat jeruk dan menumpukan ke bidang mengajar agama. maaf.

    ReplyDelete