Sunday, August 2, 2009

PERTAMA KALI KENAL / NAIK KERETAPI KE KL


Menilik catatan ayah La tentang keretapi, ayah D cukup teruja dan kembali jadi nostalgia. Sebagaimana pernah almarhum ayah kata bahawa ayah D lah orang mula-mula 'buka panggung' dapat belajar overstate Kelantan. Ayah D, Mokhtar Bukit Marak (kini Pengetua SMK Kubang Kerian2), Mohd Hassan Pkn Chepa (kini HA di Hospital Kuantan) dan Baharuddin Abdullah (bekas CEO Tenaga Nasional KL) sama-sama dari Maahad Muhammadi dapat ke KIK: kami bertolak dari Wakaf Baru dengan keretapi!

Ayah D lupa bagaimana boleh ke Wakaf Baru tu? Dengan kereta atau motor? Tumpang kereta atau motor siapa? Semuanya ayah yang urus. Satu yang bagusnya, ibubapa kami dapat berkenalan satu sama lain. Setelah bersalaman dengan ibubapa masing-masing (emak tak gi) keretapi bergerak jam 10.20 pagi kalau tak silap. Selamat tinggal semua aku akan merantau menuntut ilmu....

Keretapi tahun 1970an katakan... tingkap kayu, kipas usang berpusing di atas kepala tak berasa pun, kerusi kusyennya, geraknya terhingguk-hingguk dan lain-lain fenomena bagai tayangan filem lama kat TV..hitam putih! Naik saja keretapi, ayah D ingat Baharudin dan Mohd Hassan terus berkecek 'luar', ayah D dan Mokhtar mentertawakan mereka. Mohd Hassan solat atas kusyen panjang dan badannya bergerak menurut rentak keretapi. Lucu.

Dari satu station ke station. Dapat kenal tempat-tempat baru tapi dari atas keretapi lah. Melalui gertak dan masuk bukit korek / terowong. Gua pelik di Gua Musang, peniaga-peniaga menjual limau2, jabek2 (zabib / anggur), air batu2 dan nasi pun ada. Masuk Pahang senja di Kuala Lipis. Sudah hampir 7 jam! Tidur jaga-tidur jaga. Pukul 2-3 pagi tiba Gemas, keretapi tukar koc... silap duduk tanpa sedar akan ke JB lah awak.

Tiba Seremban pagi cerah, Kajang dan tiba di Station Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur lebih kurang 7-8 pagi. Waaah...badan berbau tengik dan hangit asap keretapi. KL Here we are!!! Sang kambing masuk ibukota. Pening lalat mencari platform : 'ding.. dong.." Attention please, all the passengers from Tumpat and other places from the east bla...bla..bla...ayam darat berasa hilir habis! Kami nak ke Kolej Islam naik gapa pulak? Kena naik tren pendek dengan tiket yang sama lagi. Tren KL-Klang laju weh... angin tajam menerjah muka bera tak mandi sejak pagi kemarin... padan muka. Lepas tu... Risikonya deru keretapi dan bunyi loceng / siren keretapi akan terngiang-ngiang di telinga sepanjang hari...

Itu sejarah ayah D gori naik keretapi mel ke 'luar negeri' meninggalkan ayah, mak, adik-beradik dan kawan-kawan rapat..penuh semangat untuk belajar...Sebelum meninggalkan mak, rasa-rasa ada juga pesan mak macam lagu Halim Yazid nih:

1 comment:

  1. tingat masa ngaji kat KISAS n UM dulu...huhu darat sgguh duk mabuk kalu naik bas, langsung x leh balik gn bas tiap kali cuti.
    adoyai...jenuh laa kebas punggung tas ketapi sapai berbelas jam pun ado.
    tp sib laa ketapi zaman moden ni 'buleh kiro' la. penin pn sket2 je...x laa semabuk naik bas. tp kalu ketapi cam zaman ayah gat, rasanyo lagi parok mabuk dr bas kot.huhu...
    rasanya leh imagine laa sket2 kot zaman ayah dulu, sbb pakat rasa dh naik ketapi kat sabah ms ngatar tia dlu. punya laa menakutkan naik ketapi dr papar ke beaufort kalu x silap..eii serammmm...laju cam roket, ganas kemain agi drebar dia...haha best tol...

    ReplyDelete