Friday, March 13, 2009

Ayah Pastinya Akan Tersenyum Gembira....


Kalau ayah masih ada, pastinya dia akan tersenyum gembira dengan kejayaan pelajar ini. Pastinya ini akan terus menjadi modalnya untuk terus berkempen menghantar anak-anak ke sekolah agama.

Ayah juga pasti bangga kerana anak ini adalah dari golongan miskin namun mampu membuktikan bahawa kemiskinan bukannya penghalang kepada satu kejayaan. Kawasan di mana Nik Madihah tinggal adalah di antara kawasan miskin tegar di Pengkalan Chepa, dan ayahnya hanya seorang nelayan. Ayah juga mungkin akan menangis dalam kegembiraan kerana anak ini adalah juga daripada Sekolah Maahad Muhammadi, sekolah tempat beliau berjuang sebagai ahli PIBG, dan menggalakkan anak-anak orang ke sekolah ini, dan juga sekolah yang menjadi alma mater kepada hampir ke semua anak-anaknya. Sekolah di mana beliau hampir setiap hari menjenguk anak-anaknya di dalam bilik darjah bagi memastikan kami sentiasa tekun dengan pembelajaran kami.

Ayah mungkin akan berkata 'Siapa kata masuk sekolah Arab tak boleh berjaya?'. Dan beliau akan lebih bersemangat dengan perjuangannya untuk dunia pendidikan yang diyakininya.

Itulah ayah kita yang mempunyai pandangan yang terkehadapan dalam soal pendidikan. Terima kasih ayah.

2 comments:

  1. Terkenang juga: bahawa kita juga melangkah ke sekolah dengan seluar yg carik di punggung dan mengepit kemiskinan untuk mendapatkan ilmu Allah. syukur kita berjaya walaupun sekadar kemampuan masing2. jasa ayah juga tidak dilupakan. pengorbanan ayah menjadi ikutan, insya Allah.

    ReplyDelete
  2. ...terkenang juga kadang-kadang di awal pagi ma kena tampung seluar anak lelaki yang terkoyakkk.Berpuluh tahun ayah jadi ajk PIBG di Maahad Muhammadi dan MAktab Pengajian Islam. Walau tak ada sorang pun anak ayah yang belajar di MPI, tapi ayah dipilih sebagai ajk kerana mereka memerlukan idea dan semangat ayah yang kuat dalam membela sekolah agama. Di waktu orang lain berebut menghantar anak ke sekolah orang puteh, ayah begitu bersemangat pula berkempen supaya ke sekolah agama. Wawasan ayah terlalu jauh...malah lebih jauh dari Wawasan 2020. Seawal usia 2,3,4 tahun kita dah dibiasakan dengan perkataan WAWASAN..dari mulut ayah.ITULAH AYAH KITA, MUHAMAD HAJI AWANG, kebanggaan kita sampai bila-bila.

    ReplyDelete