Wednesday, March 11, 2009

Laman ini makin sepi...

Dah lama tak ada sapa-sapa menulis di sini. Sepi rasanya. Kenapa ya? Agaknya kita semua sibuk. Tapi jangan berhenti dari mengenang ayah kita. Kami pun Jumaat baru ni tak sempat ke kubur ayah. Bi dah sedih sangat tak bawa dia ke kubur. Esok pagi-pagi kami akan menziarah ayah.
Tak lama lagi 'pujomo'...sempena keputeraan sultan Kelantan. Slalunya setiap tahun kami akan bawa ayah round2 bandar Kota Bharu tengok lampu-lampu yang indah. Tahun lepas bi dan adik ajak ayah ..'ayah, jom gi tengok lampu dan pintu gerbang..cantik2 semua..." Tak sangka ayah setuju nak ikut..ma pun bersiap dan lepas solat Isyak ayah yi dukung ayah masuk dalam kereta..Kami bawa ayah round jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Kampung Sireh, depan pejabat SUK,depan Istana Balai Besar, Jalan Pengkalan Chepa..ayah tak berhenti bercakap..ayah kata Kota Bharu banyak berubah..ayah pun bercerita macam-macam kisah pujomo dulu2..
Masa kecik2 dulu, ayah selalu berbasikal bawa kita keluar masa pujomo..gilir2.seronok bila ayah bawa tengok lampu, beli kacang..dulu2 juga ada sarkas di tapak tanah lapang sebelah stadium (tapak IPK sekarang kalau tak silap). Maka kita akan membonceng basikal ayah gi tengok sarkas. Ayah, betapa kami rindukan saat2 bersamamu.

6 comments:

  1. laman ini tak akan terbiar sunyi. cuma frequency posting mungkin tak serancak dahulu. senarai contributors ramai, dan kita menunggu juga posting dari cucu2 ayoh. bila lagi?

    ReplyDelete
  2. ayah pong biasa bawak kak cik mah dan noyah masa kecik2 dulu gi kat 'pujomo'.ayah gelek basikal, kak cik mah dan noyah jalan kaki dari rumah kak dah.masa tu kak dah duduk nyewa dekat belakang hotel irama.kat 'pujomo' tu tengok oghe main bano kercing.seronok sangat masa tu.sungguh teruja skali sebab kak cik mah tak beso gi.masa tu dik kecik lagi@ tak lahir lagi kot masa tu.tak ingat.heheheeheh

    -kak cik mah

    ReplyDelete
  3. laman ni sebenarnya tak sepi sebab ramai silent reader .hehehehhe

    ReplyDelete
  4. pujomo = puja umur = sambutan hari keputeraan sultan

    ReplyDelete
  5. Alahai J..sori222..lupa la, ada beberapa org anak sedara che nor yg dah jd omputeh ni. Padahal dolu2, dia pun selalu dibawa gi tengok lampu masa pujomo..Balik ni, J kna blajar semula beberapa lahjah Kelantaniah yg J dah lupa @ deleted. Ingat woi, I.C awak tu 03...

    ReplyDelete