Thursday, April 9, 2009
Genap 100 hari ayah pergi
Malam tadi, genaplah 100 hari ayah tercinta meninggalkan kita semua. Rasanya baru semalam berbual dengan ayah. Mendengar ayah bercerita..macam2. Kisah ayah di rumah sewa, berbasikal jual kelubi dan pagi-pagi ke kedai-kedai kopi letak kuih bengkang yang ma buat. Dulu masa kecik2, paling seronok bila ayah jemput orang 'minum teh' kalau ada anak-anak ayah yang dapat melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam atau ke U..yang sebenarnya bertujuan mendapatkan sedikit belanja menghantar anak-anak ke sana. Ma akan masak 'mee kuah' dalam periuk besar. Melihatkan kejayaan anak-anak ayah, ia sebenarnya secara tidak langsung telah menjadikan orang lain juga turut menghantar anak-anak ke sekolah agama. Ramailah jiran-jiran yang tidak pernah berminat dengan sekolah agama mula menghantar anak-anak ke Maahad dan Naim. Dan ramailah yang berjaya masuk U, dapat kerja besar. Paling tidak pun, mereka 'menjadi orang', 'tidak kucar' (istilah yang ayah selalu gunakan)walau pun mereka tidak menjejak kaki ke menara gading. Besarnya jasa ayah, kepada kita semua dan kepada orang lain juga. KAMI RINDUKAN SYARAHAN-SYARAHAN AYAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Abang D ingat sangat2 akan hari ke 100 pemergian ayah. ya sudah tiga bulan lebih ayah meninggalkan kita.sering melintasi perkuburan tak jauh dari rumah, salam ,alfatihah dan doa tidak lupa buat ayah bonda.
ReplyDeleteinsya Allah kita buat tahlil pada malam jumaat 24.4.2009 di rumah ma.. kita berkumpul n baca al-Quran. sdr2 di kl n shah alam ada yg nak balik?
insya Allah akan balik, kebetulan untuk surgery mata Ma pada 25 april nanti.
ReplyDeletemengingati balik bab kueh bengkang dan kelubi ni, terasa sebak juga. masa di rumah cikgu him, adalah perkara biasa temankan ma masak kueh bengkang di dapur jam dua tiga pagi dan tidur atas tangga dapur (proses buat kueh bengkang ni agak lama). adalah merupakan tugas harian ambil hasil jualan kelubi setiap hari, dan biasanyan ayah upah 5 atau 10 sen setiap hari. dapat kumpul sampai RM13.
the first minum teh was for abang Di bila dia nak ke KIK. lepas tu untuk Mek pula ke KIK. i didn't remember for abg wi (tak buat rasanya). the third one was for me and dani. we understood the burden on ayah for having to send us both to KIK at the same time.
pernah juga ayah buat minum teh atas balaisah di kg hj ishak..lupa masa sapa nak g sambung belajar. selalunya ramai orang datang sedekah, sebab mereka respect ayah yang ngajar d balaisah tu, di samping mendrma kpd 'budak nak ngaji agama'. ayahlah yang banyak mendidik masyarakat di situ dulu..selain ma yang saban hari ngajar Quran. Ramai yang menggeruni ayah, kerana ketegasan dan kadang2 ke'laser'annya. Kita pun adakala gerun dengan hentaman ayah, terutama terhadap mereka yang jahil. Tapi begitulah ayah kita, dengan prinsipnya yang tidak pernah luntur.
ReplyDelete