Tuesday, April 21, 2009

Mengenang Ayah Selepas 100 Hari Pemergiannya


Gelap cerah-gelap cerah kini dah 114 hari ayah kembali ke rahmatullah meninggalkan kita. Sebagai anak-anaknya kita tetap mengingati sosoknya yang lama bersama kita..sejak kita kenal dan tahu tentang alam keliling. Zaman kanak2, budak2, remaja dan alam dewasa kita bergaul dengannya. Kita tahu wajah manis dan kernyeh matanya.

Percaya atau tidak, ayah tidak banyak menasihati anak2nya. Barangkali pandangan matanya sudah memberi makna kepada diri anak2. Barangkali dia faham, yang anak2nya tidak sulit dan menyulitkan dirinya. Kadang2 ada juga dia menceritakan pengalamannya mengaji/belajar di pondok, pengalaman menceburi politik, menceritakan kelebihan seseorang yang dikenalinya termasuk pemimpin negara serta memperihalkan bidang2 ilmu yang dituntutnya.

Memang ayah banyak bercakap mengenai ilmu yang diminatinya. Ayah sangat meminati bidang feqah, nahu Arab dan tajwid al-Quran. Banyak buku / kitab ketiga bidang tersebut di dalam almari kutub khanahnya. Ayah juga suka menceritakan jasa dan sumbangannya kepada masyarakat baik tenaga mengajarnya atau sumbangan dermanya. Ayah sangat2 mengharapkan anak2 cucunya dapat meniru dirinya yang murah hati memberi sumbangan dan bakti kepada masyarakat, anak2 yatim, orang miskin dan bantuan pembinaan masjid.

Ayah selalu mengisahkan tentang sumbangan dan jasanya itu agar anak2 membuat amalan2 baik sepertinya. Semoga semua sumbangan dan jasa baik ayah termasuk 'mengajar' ilmu agama yang 'dimanfaatkan' berpuluh2 tahun itu diterima Allah sebagai amalan soleh dan sadaqah jariah; semoga pula menjadi ikutan anak2 cucu tanpa jemu berbuat amalan baik seperti yang dibuat ayah. Ayah kita tidak suka membazir, tidak pernah bakhil tidak pernah kedekut dalam semua hal...dia telah berbuat seadanya menurut kemampuannya dan dia pergi tanpa meninggal harta melainkan anak2 yang berpendidikan Islam, tahu budi Allah, bersyukur dan insya'Allah sentiasa mahu mendoakan keampunan/rahmat buat ayah tercinta.

Ayah dalam pergi mari dan duduk bangunnya tidak banyak bercakap perkara yang tidak penting dengan anak2. Sesekali ada juga bahasa gurauan dan sindiran yang melucukan. Itulah ayah kita yang sering juga memberitahu amalan2nya membaca ayat2 al-Quran, zikir dan selawat ke atas Nabi s.a.w sambil memberitahu kaifiat dan fadhilat amalan tersebut selaku hamba yang bakal kembali kepada Allah.

Insya'Allah telah kami sepakati akan mengadakan majlis baca al-Quran/tahlil di rumah ayah pada malam jumaat 28 Rabiul-akhir 1430 = 24 April 2009 selepas solat isya' seperti biasa. Anak2 cucu diminta hadir berkumpul di samping pertemuan silaturrahim di sana. Kita bertemu di sana nanti. Insya'Allah.

-foto adik kecil di bawah ni adalah untuk B, cucu ayah yang sangat disayanginya.

-



2 comments:

  1. B kata, terima kasih banyak atas gambar tu ayah D..B menangis sakan baca posting ayah D...B selalu mimpi ayah. B kata sekarang dia balik sekolah tak ada orang teman. Ma dok dapur. Dulu B balik dok berbual dengan ayah. Lepas mandi B pakai baju cantik2, B akan tanya ayah.."ayah, comel tak B?" jawapan standard ayah ialah..."Comel sangat...macam anak kucing baru beranak". B pun tersenyum bangga.

    ReplyDelete
  2. B banyak resemble ayah. Ayah selalu kata, B 'putih' macam ayah, lenggok jalan mcm ayah, bentuk muka pun macam ayah. Cuma hidung B mancung sikit daripada hidung ayah. ..tapi mancung hidung ayah banyak. Ingatkan ayah puji hidung B, tapi rupanya...Bila B perasan sebenarnya ayah kutuk B, B pun berteriak marah. Guarauan itu amat kami rindukan....

    ReplyDelete