Saturday, September 19, 2009

Hari Raya Pertama Tanpa Ayah

Selamat Hari Raya untuk semua anak cucu cicit Muhamad b. Hj Awang.

Tahun ini merupakan kali pertama kita akan berhari raya tanpa seorang tua yang merupakan 'anchor' kepada keluarga besar kita. Walau bagaimanapun, semoga ketiadaan tonggak utama ini makin menjadikan keluarga kita lebih rapat.

Masa kanak-kanak dulu, setiap pagi raya, Ayah akan menunaikan solat hari raya di Tapang. Biasanya Ayah La akan dibawa bersama duduk atas kerusi rotan kecil yang diletakkan di atas palang basikal Ayah. Masa tu tahu seronok saja dan tak kisah betapa Ayah penat kayuh basikal dari rumah di Langgar ke Tapang. Selepas solat raya, Ayah akan pergi ke rumah-rumah orang di Tapang seperti Cikgu Che Ahmad (beleda rumah dia sedap), Che Derahim(?) dan lain-lain (tak berapa ingat dah). Dapat la duit raya beberapa ringgit hasil dari 'kutipan' selepas balik dari Tapang.

Biasanya setiap malam raya, baju dan seluar raya akan di'iron' menggunakan seterika arang oleh Ma. Selepas tu, baju dan seluar ini akan diletakkan di bawah bantal bagi memastikan 'side'nya masih tajam hingga esok hari untuk raya. Biasanya baju raya dijahit sendiri oleh Ma menggunakan kain hadiah hasil peperiksaan penggal di sekolah Majlis atau Maahad Muhammadi. Hanya seluar yang perlu dibeli. Raya kami hanya dengan ketupat, tanpa kuih2 atau kek2 yang berbagai-bagai macam sekarang, tetapi tetap meriah.

Maaf kerana agak nostalgic. Dah tua-tua begini, teringat kembali 'root' kita. Ayah La mungkin balik hari raya ketiga, dan semoga kita semua jumpa di Melawi bagi merapatkan silaturrahmi dan membaca beberapa kalimah tayyibah untuk Ayah dan Mok nanti.

Sebagaimana kata Ebiet G Ade dalam lagunya 'Aku Ingin Pulang', begitulah Ayah La sekarang.


1 comment:

  1. Tahun ini kali kedua beraya aidilfitri di Sabah...teringat kalau beraya di KB masa tok ayoh mat ada tahun2 lepas, lepas je solat raya kami sekeluarga akan terus ke rumah ayoh mat di langgar...kali akhir beraya dgn ayoh mat,arwah dikunjungi ramai orangmemandangkan keadaan dirinya yang semakin uzur..dan tia amat ingat bila afeeq (anak sulung)tak nak masuk dekat tengok ayoh mat sebab sibuk nak bermain, tia paksa dan tarik juga tangannya supaya menyalami tangan tua ayoh mat...alhamdulillah, anak tia yang sulung sempat mencium tangan moyangnya dan masih ingat tok ayah mat pernah ada dalam hidupnya...

    ReplyDelete