Sunday, September 27, 2009

Cadangan Dari Cucu Yang Jauh..

Salam Alaik dan Salam Sejahtera..

Buat pertama kalinya, tangan ini akhirnya berjaya menulis sesuatu dalam blog kongsian ini.. Dari awal teringin benar ingin menulis, tapi takut kalau2 isinya tidak sehabt orang lain..

Bukan apa, sebelum ni, dok asyik lihat anak-anak Al-Muhammadiyy sahaja yang menulis.. Takdak pulak nampak cucu yang menulis.. Jadi,rasa takut juga nak 'melintas depan orang-orang tua' ni... Namun, bila rase diri ini dah agak besar dan matang, Iju memberanikan diri gak untuk menulis disini.. Sebagai perkongsian bersama.. Dan untuk kritikan semua..

Sebagai cucu yang sentiasa jauh, (dilahirkan di luar Kelantan, menetap bersama keluarga di luar Kelantan, sambung belajar luar Kelantan juga, dan kini dapat kerja juga di luar Kelantan, malah mungkin juga membina karier di luar Kelantan, namun berjanji dengan diri untuk menetap kembali ke Kelantan lepas pencen nanti, insya-Allah) iju rase kan ada beberapa pengalaman harian yang Iju tak dapat dari Tok Ayoh Mat.. Jadi, dengan membaca blog ini, Iju rasa agak dekat dengan arwah..

Sebagai langkah bijak dan terkehadapan, iju mencadangkan agar kita semua merealisasikan SEBUAH BUKU AUTOBIOGRAFI MUHAMMAD SIBAWAIH sepanjang kehidupannya. Biar Iju go through satu persatu berkaitan 'bayangan' yang iju nampak dalam idea Iju nih.. Antar objektif buku nih adalah

1-membuka mata anak cucu tentang kehidupan sebenar arwah dari persepsi orang paling rapat dengannya
2-memberi input kepada cucu cicit piut yang jauh tentang diri dan kehidupan arwah
3-sebagai kenangan atau cenderahtai yang harus dimilik setiap ahli al-Muahmmadiyy
4-memberi pengajaran kepada seluruh keluarga, penduduk Kelantan dan pelajar SK Tapang tentang perjuangan pengasas sekolah dan pendidikan di Kelantan
5-sebagai medan kekal anak2 Arwah untuk menulis dan meluahkan perasaan
6-selain sebagai membentang sejarah, kita juga dapat belajar tentang amalan harian arwah sehaingga mampu mendidik 13 anak, hingga melahirkan anak menantu cucu cicit piut yang hebat bukan sahaja di Kelantan malah seluruh dunia.

Buku ni menceritakan tentang kehidupan Arwah Ayah Mat. Dari kecik hingga arwah pergi. Antara objektif ni ialah: Antara bab yang boleh diselitkan adalah seperti berikut: (mesti ada banyak gambar arwah, baru best nak tatap.. kena kumpul dan scan semua gambar arwah untuk tujuan ini.. Mungkina da lagi gambar yg kite semua tak pernah tengok.termasuk gambar ketokohan beliau dan lain2).

Bab 1 : Zaman Kanak-Kanak (0-15 Tahun)
Bab 2: Zaman Remaja (16-25 Tahun)
Bab 3: Alam Perkahwinan dan Rumahtangga
Bab 4: Perjuangan Melayu Kearah Kemerdekaan
Bab 5: Pendidikan Islam di Mata Arwah
Bab 6: Kehidupan Arwah
Bab 7: Damailah Dikau Disana atas Baktimu di Dunia

Atau ada cadangan lain.. Ia sekadar brief idea dari Iju yag harus kita bincangkan kritik lagi..

Apa yang Iju cadangkan lagi, penulisan buku tersebut adalah berkonsep kepada santai dan sempoi. Maksudnya, ia lebih kepada penceritaan pengalaman. Dalam setiap bab, akan ada sub topik..

Contoh nya,
Bab 4: Perjuangan Melayu Kearah Kemerdekaan
Bab 4.1-"UMNO dulu lain, tak macam sekarang" Tulisan ....... Abdul Hadi Muhammad


Bab 5: Pendidikan Islam di Mata Arwah.
Bab 5.1-"Mung Tidak Bodo" tulisan Mohd Dani Muhammad.
Bab 5.2-"Mengaji agama kena terus" tulisan Ahmad Izzuddin Fahmi

Bab 7: Damaikan Dikau diSana
Bab 7.1:"Anggur Lazat Untuk Ayoh" Tulisan Siti Norina Muhammad.
Bab 7.2:"Hujan rahmat di pusara Ayoh" Tulisan Siti Hawa

Lebih kurang macam ni la.. Ini cuma saje2 jer.. Tak semestinya macam ni...

Sementara kesemua 13 anak2 arwah masih lagi sihat, Iju cadangkan kesemua menulis sekurang2nya satu subtopik sebagai penulis jemputan. Dan kita jemput juga sahabat arwah atau sesiapa saja yang mengenali arwah secara dekat untuk menulis tentang arwah..

Setiap sub topik, dalam 3-4 muka surat je dah cukup.. Insya-Allah menjadi dengan kritikan dan candangan dari semua..

Selamat mengkritik dan dibawa ke dalam meeting Yayasan Al-Muhammadiyy.

Wallahua'lam.

3 comments:

  1. cadangan yg amat baik.tulisan atas topik2 yg dicadangkan itu sudah tentu diperkuat oleh sejarah lisan oleh mereka yg lebih tua contohnya:ma, maklong, ayah lim dll. sambil itu boleh dapatkan pandangan & ulasan orang2 tua rakan atau murid2nya di belukar atau tapang.
    itu kerja yg agak bersungguh dan perlukan masa dan luangnya.
    sebahagian besar org2 tua itu tentunya sudah 'pergi'.
    namun jika kita mahu dan berusaha, pasti jadi insya Allah.
    nanti kita bincangkan selanjutnya cadangan baik ini.

    ReplyDelete
  2. benar, memang i amat rumit.. perlukan banyak usaha dan kekuatan,.. justeru, ia memerlukan tenaga ramai pihak..

    ReplyDelete
  3. sgt sokong dgn idea ni.
    harap 1 hari nnti akan menjadi realiti..

    ReplyDelete