Dalam bulan jun 20 tahun yang silam kami pergi menunaikan Rukun Islam ke 5, menunaikan ibadat Haji ke Mekah. Ayah D memang telah berhasrat akan ke Mekah setelah 10 tahun berkerja. Mula bertugas selaku guru apabila ditempatkan di SMVokasional Kuantan julai 1979.
Mulalah ayah D menabung dengan Tabung Haji RM100 sebulan. Ketika itu kami menyewa rumah di Baserah Kuantan RM140 sebulan. Bila berpindah tinggal di asrama sekolah selaku waden asrama, ayah D menambah tabung kepada RM200 sebulan. Gaji seorang guru siswazah B.A (Hons.) & Dip.Ed. ketika itu tidak sampai pun RM1000; hanya RM965.00. (kat. D1). Enam tahun di Kuantan, ayah D bertukar masuk Kelantan 1986, SMVokasional, Kuala Krai. Dua tahun kemudian 1988 ayah D masuk PPD Kota Bharu, mengajar di SMZainab Jalan Telipot.
Genap 10 tahun berkerja, insya Allah walhamdulillah kami: ayah D dan che Dah, almarhum ayoh, almarhumah mak, ma, mak long, ayah lim jengka, ayah ziz dan mokdik Norina dapat bertolak ke Mekah, memenuhi seruan Nabi Ibrahim a.s, menjadi tetamu Allah. Kalau tidak silap, belanja ke Mekah kami kena bayar RM4700 setiap orang (percuma satu) dengan syarikat (?) swasta Hj Yusof Pattani dan mutawwifnya Hj Ahmad Kassim @ Hj Mat Che Hil
.
Sedikit sebanyak kesukaran sebelum bertolak, semasa di sana dan delayed flight ketika di Jeddah selama 3 hari 3 malam dapat diatasi dengan penuh sabar dan redha. Alhamdulillah ayoh sihat dapat menyempurnakan amalan. Ayoh tidak banyak bercakap dan tidak suka berjalan berlegar seperti orang lain. Dia banyak berzikir dan baca al-Quran
.
Ayah banyak memberi tunjuk ajar secara lisan agar jiwa, lisan dan sikap kita sentiasa bersih dan selalu berzikir atau berselawat. Jangan mudah marah dan banyak2lah bersedekah. Dia sungguh bersedih, banyak berdoa dan solat hajat sewaktu ayah ziz 'hilang' 3 hari 3 malam... ditahan polis Mekah sebab tak bawak dokumen diri...begitu juga semasa delayed flight...'terkandas' di Jeddah masa hala balik. Kami selamat tiba di LT Pengkalan Chepa seterusnya ke kampung halaman disambut sanak keluarga. Sebahagian kami meninggalkan Lapangan Terbang Subang ke Pengkalan Chepa dengan Boeing 737 tetapi ayah ziz, ayoh, ma dan mokdik kena naik fokker, kapal terbang kipas! Mereka tiba agak lewat di PC walaupun mereka bertolak lebih dahulu di Subang.
salam..
ReplyDeleteterima kasih ayah D, macam tu ceritanya.
Teringat tangisan ayah bila abe ziz muncul di pintu rumah penginapan kita. Abe ziz pun menangis dengan kuatnya bila je ternampak ayah dan mak..dan kita semua. Bila dah reda dan ayah tanya abe ziz, mcamana makan dalam kurungan, abe ziz meraung lagi...
ReplyDelete