Musim sekarang adalah musim peperiksaan. Jadi Ayah La mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengambil peperiksaan untuk semua cucu cicit Tok Ayah Mat. Jangan terlalu tension dan memberi tekanan pada diri sendiri, tapi pada masa yang sama berusahalah semampu mungkin untuk mencapai kejayaan.
Teringat masa kami dulu-dulu masa menempuh peperiksaan, tak kira sama ada peperiksaan penggal ataupun ujian besar seperti SRP, SPM etc. Ayoh tidak pernah memberi tekanan ataupun memaksa kami untuk mengkaji pelajaran sebelum peperiksaan. Tapi pada masa yang sama, kami lihat Ayoh akan selalu solat hajat setiap malam sepanjang peperiksaan. Kalau exam tu 2 minggu, maka dua minggu jugalah Ayoh akan di atas sejadah bersolat hajat untuk kami.
Kaifiyyat solat hajat yang Ayoh lakukan ialah dengan membaca surah alKaafirun sebanyak 3 atau lima kali pada rakaat pertama dan surah alIkhlas 3 atau 5 kali pada rakaat kedua. Pada sujud yang akhir, Ayoh akan sujud agak lama bagi bermunajat untuk kejayaan anak-anaknya.
Memang kunci kejayaan juga banyak bergantung kepada doa berterusan kedua ibubapa dan tidak hanya memberikan tekanan berlebihan kepada anak-anak, dan ini telah dibuktikan dengan apa yang Ayoh lakukan. Bagi Ayah La, antara perkara yang Ayah La tanamkan dalam fikiran ialah wajah Ayoh yang kepenatan selepas mengayuh basikal menghantar jeruk kelubi, kueh ataupun wajahnya yang nampak risau bila wang diperlukan untuk membayar yuran penggal ataupun peperiksaan besar. Ini menjadi pendorong untuk kami berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Itulah cara Ayoh semasa kami menjalani peperiksaan. Tapi Ayoh juga ada cara tersendiri untuk motivate anak-anaknya yang dia nampak agak leka seperti 'high impact statement'nya kepada Ayah Ni yang semuanya kita dah tahu 'bodoh dengan malas tu bagi kat orang lain, kita ambik pandai dengan rajin'. Very powerful words that have totally changed a person.
Semoga kita dapat mengambil contoh dari orang tua ini yang telah berjaya dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

selalu ayoh berpesan kpd ayah d selaku anak pertama belajar di 'luar' jauh dari k'ga..."jangan lupa beritahu dia berapa haribulan nak periksa/ hari gapa.." sudah tentu waktu malamnya ayoh akan solat hajat atau munajat agar anaknya itu dipermudahkan menjawab soalan exam nanti.
ReplyDeletecara ayoh itu kita kena ikut... berdoa dan solat hajat buat anak2 nak masuk exam.