Sunday, February 1, 2009

Sebulan Dah Berlalu...

Sebulan dah berlalu sejak ayah pergi mengadap Rabb, meninggalkan kita semua.. Banyak peristiwa berlaku selepas pemergian ayah..dan masih banyak airmata mengalir mengenang kasih ayah...ingin dikongsi bersama apa yang kami alami sehari dua ini...

Kisah 1:
Jumaat 30 Jan, kami ke kubur ayah. Sesampai shj depan pagar, terserempak Ustaz Daud...tersentak, melihat persamaan wajahnya dengan ayah yang amat kami rindui..airmata pun mengalir laju tanpa sedar.

Kisah 2:
Jam 11 pagi Sabtu, 31 Januari, seorang wanita dtg ke rumah, meminta sedekah. Dengan sebahagian dari perutnya yang begitu buncit, wajah yang kesakitan dan kelelahan, beliau memohon simpati kami untuk memberikannya sedikit wang, buat belanja anaknya yang ingin membeli pakaian sukan..Dia menceritakan bahawa dia sakit dalam perut, dan menyelak perutnya yang akan dibedah pertengahan bulan ni.Amat pelik bengkak perutnya,tak pernah kami lihat penyakit seperti itu sebelum ini. Dah lama dia menanggung sakit, tetapi kerana dia berasal dari Thailand, setelah mendapat IC merah barulah dia boleh mendapatkan rawatan di HKB. Setelah diberikan wang sebanyak RM20, dia terkejut, dan mencium wang itu sambil menangis teresak-esak..."rezeki saya...rezeki saya...banyaknya kak bagi...saya doakan kak murah rezeki'' Alangkah.....Alangkah…. Kami juga mengalir airmata menahan sebak di dada. Afaaf pula terus memanggil ma keluar, dan ma jg memberikannya RM20..makin kuat esaknya..dia menyambung cerita bahawa dia berjalan kaki dari Sri Cemerlang, rumah kakak tempat dia menumpang, kerana dia hanya mempunyai RM1 dan tidak mampu membayar tambang teksi untuk keluar meminta sedekah. Kami menyuruhnya datang lagi, dan kami juga akan mengunjungi rumah tumpangannya. Memang kita dah diajar sejak kecil, agar membantu orang susah, menjadikan kita tidak sanggup melihat kesusahan orang lain. Malah kita juga pernah merasainya, dan kita tahu peritnya sebuah kemiskinan. Tapi kesusahan kita tidak segetir perempuan yang datang itu. Anaknya 6 orang, 3 dah diserahkan sebagai anak angkat. Ayah amat menekankan sedekah. Setiap kali peminta sedekah datang, ayah akan segera memberikan wang. Dan kerana kemurahannya, ayah pernah tertipu, apabila ada seorang lelaki berduit dan berumah besar dtg meminta sedekah, tetapi tidak lama selepas itu kami temui dan dapati dia seorang yang berharta. Panjang lebar ceritanya ‘kelentong’ ayah..Dia dapat bahagiannya – selain wang yang ayah sedekahkan, dan ayah juga dapat balasannya - pahala dari Yang Maha Mengetahui kerana niat baik ayah..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah kurniakan kami ayah dan ibu yang telah mengajar kami erti kasihan belas, yang sentiasa menerapkan dalam diri kami untuk berkongsi kesusahan orang lain, dan yang telah menanam perasaan ihsan yang tinggi dalam diri kami...Jika tidak kerana kurnia-Mu ini, kami mungkin anak-anak yang tidak berterima kasih, kami mungkin hamba-Mu yang tidak bersyukur. Ayah yang telah pergi, berbahagialah di sana...ajaran dan didikan ayah, melekat kukuh di hati kami...jiwa kami yang dibajai ayah dulu sentiasa subur. dan benak kami sudah ayah pahat sekuatnya..Insya Allah, sampai mati, kami amal apa yang ayah sentiasa syarahkan..

Kisah 3:

Kami bawa ma ke kedai Jaafar Rawas, ma nak beli sendiri kain pelekat untuk ngaji 40 ayah...Lepas beli kain, kami ke kedai nasi sumatera berhampiran...kedai yang ayah selalu pergi..semua anak-anak tahu ayah suka makan nasi sumatera. Kalau kami bawa ayah ke bandar, ayah pasti nak singgah kedai tu.Ayah akan kata ayah dahaga..Sebenarnya ayah nak belanja kami makan..Kami cukup faham..sebab ayah tak makan pun, ayah cuma minum dan beria-ia suruh kami order makanan.Kali terakhir kami bawa ayah ke situ ialah awal tahun lepas..tapi ayah dah tak boleh masuk dalam kedai lagi. Kami order teh untuk ayah, dan bawa secawan teh itu ke dalam kereta untuk ayah minum..

Terlalu banyak kenangan kami bersama ayah yang tak mampu dicatat kesemuanya.

Sabtu 31 Januari juga, kami mendapat berita durian berbuah. Kami menangis lagi mengingatkan betapa bersungguhnya ayah setiap kali musim durian tiba….

2 comments:

  1. Paduka ayah pernah memberi tahu antara fadhilat bersedeqah ialah dapat mengubati penyakit2 yang ditanggung, sekurang2nya menghilangkan penyakit kedekut! Abg D amat yakin.

    ReplyDelete
  2. Ya, dan ayah juga selalu mengingatkan sedekah adalah ubat hati - untuk melembutkan hati yang keras. Betapa banyak mutiara yang keluar dari mulut ayah, yang ayah perolehi dari pembacaan dan pengalaman.Kita akan terus mencatatnya di sini untuk dikongsi buat bekal anak cucu menjalani hidup.

    ReplyDelete