Sunday, January 25, 2009

Ayah dan Pemakanan

Ayoh seorang yang sangat mengambil berat tentang soal pemakanan, sama ada dari segi khasiatnya ataupun tentang halal haramnya.

Untuk makan pagi, selepas solat Subuh, kami akan ke dapur menunggu 'lempeng' yang disediakan oleh Ma sebagai breakfast. Biasanya seorang akan habiskan 2 keping, dan kami akan ikut turn sampai cukup 2 keping, barulah kami akan ke sekolah. Ayoh mengingatkan kami jangan makan nasi waktu pagi, katanya nanti mengantuk masa belajar. Lempeng itu akan disapu majerin dan sedikit gula di atasnya bagi menambah selera.

Satu makanan lagi yang ayoh introduce ialah Quaker oats (atau dia panggil Ko Ot). Tin oats dengan kepala orang pakai topi tu adalah biasa kami lihat sejak kecil lagi. Tapi sekarang ni baru kami faham yang oats adalah amat berkhasiat dan amat baik bagi mengawal kolestrol seseorang, dan baik untuk jantung.

Ayoh juga amat menitikberatkan untuk memberikan susu awal ibu selepas kelahiran bayi, terutamanya dalam 3 hari pertama. Sekarang ni baru kita tahu tentang colostrum dan khasiatnya serta kesannya kepada bayi yang baru dilahirkan.

Itulah ayoh yang mempunyai ilmu tentang pemakanan yang 'superb' jika diambilkira umurnya dan 'profession'nya sebagai seorang guru agama sahaja. Tapi yang paling ayoh selalu sebut juga ialah 'jangan bagi anak makan benda haram; kalau benda haram tu, makanlah sorang-sorang sampai pecah perut tu, tapi jangan bawa balik ke rumah'.

Semoga Allah memberkati ilmu yang Ayoh applykan itu, dan semoga kita dapat mengikuti cara ayoh ini yang kita telah dapat lihat hasilnya.

No comments:

Post a Comment