Ayah pergi meninggalkan kita bersama 'harta' yang agak banyak. harta yang bukan senilai RM atau emas berlian. harta ayah adalah kitab2 dan buku2. susunan kitab2 'tahta yadi muhammad awwam' miliknya rapi dalam almari. dilarang pindah keluar dari rak almari kutub khanah*nya itu; tapi boleh untuk tatap. tapi sayang anak2 cucu jarang yang sentuh mengambilnya untuk menyantap ilmu2 tinggalan beliau pada kitab2 tersebut. kita gagal meneroka kutub arab-islam, alam ulum milik ayah itu.
Kadang2 teringat dan rasa kesal timbul terutama diri sendiri ini, bahawa ilmu yang sangat2 diminati ayah itu tidak diperpanjangkan oleh kita anak cucunya. 'sibawaih'nya dan kealimannya terbatas. anak2 cucu2 memilih jalan keilmuan lain, baru dan ikut menyusur zaman. kutub khanah ayah semakin lusuh dimakan waktu. ilmu yang banyak di dalamnya tinggal sepi. kita tidak lagi merujuk kutub tersebut yang lebih ori itu kini kerana terdapat bahan rujukan terkini yang banyak di pasaran di samping kita memang miskin lughah 'arabiah.
* kutub = bah. Arab- jamak/plural bagi 'kitab'
khanah = bah Farsi- tempat simpan sesuatu/pustaka.
.... lagi petikan dari catatan ayah pada kulit kitabnya yang ada dlm simpananku:
- hadis Nabi s.a.w -" Sesiapa yang mengajar al-Quran kepada anaknya annti Allah Ta'ala akan mengurniakan rantai leher dari cahaya yang akan menakjubkan orang2 terdahulu dan terkemudian".
- "Setiap penyakit ada ubatnya, ubat bagi si jahil ialah ilmu"
- " Bukanlah IMAN itu dengan hanya bercita2 dan bukan juga dengan perhiasan semata; tetapi IMAN ialah suatu yang terbentuk di dalam hati dan dibenarkan /dinyatakan pada amalan".
- Orang yang awal menulis khat Arab ialah Ya'rib bin Qahtan beliau berkebolehan menutur bahasa Arab dan Suryani dengan baik.
- Orang yang awal meletakkan nahu Arab dan mengadakan 'iirab pada a-Quran ialah Abul Aswad ad-Dualiy at-Tabi'i al-Basori. Diceritakan bahawa beliau telah mendengar seseorang menyebut bacaan yang kurang tepat dari surah at-Taubah..... (..ada lagi..)