Sunday, March 22, 2009

Terkenang Ayah: Bila Pak Din Jadi Raja, Majdi Masuk Wad.


Sebentar tadi jam 10.00 pagi, Ayah D telefon ma bertanya tentang Majdi yang dikuarantin di HRPZ2 Kota Bharu sejak 3 hari lepas, di Wad Panglima kerana serangan demam denggi. Ma kata Majdi dah dipindahkan ke Wad 10. Baguslah kalau dah ke wad tersebut, senang dilawati. Berehat betul2 di wad yang agak berkelas dan selesa.

Bercakap dengan umi Long selepas tu dia cerita tentang rawatan di wad sambil beritahu yang berjasa menunggu di Majdi di wad ialah Fathi dan Fatih. Begitulah keprihatinan, silaturrahim dan kemesraan keluarga kita. Antara mu'min dengan seorang mu'min ibarat satu badan, bila satu anggota terasa sakit maka anggota lain ikut sakit sama...mafhum sabda Nabi s.a.w. Saling berasa bertanggungjawab. Alhamduillah.

Mek @ umi Long juga beritahu selain rawatan spital, rawatan tradisional juga di'try-test' kepada Majdi... makan sup ketam nipah. Sdr2 dari Melawi bawa ketam untuk tujuan itu, mujur Majdi boleh makan...sedap. InsyaAllah akan cepat sembuh. Katanya dah pedih perut dok minum 100 Plus...sabar2lah. Dua adik yang juga demam di rumah makin sihat dan ok. Lepas ni kena makan nasi banyak2 supaya lebih sihat dan kuat. Kita doakan semoga kita semua diberi afiat dan sejahtera oleh Allah Taala.

Ayah D sempat memberitah umi Long, ayah D dah setahun lebih dah berada di rumah sejak discaj wad 7.3.2008... hari ini dah 23.3.2008. Alhamdulillahi hamdan kathira.... Ketika di Wad Teratai (adik pada wad ICU) dulu, bila melihat 2-3 hari sekali ada saja pesakit yang meninggal dunia; mereka adalah 'jiran' katil bersebelahan, terasa benar2 akan tiba jua 'giliranku', akan pergi seperti mereka ke rahmatullah. Terasa benar tak akan dapat bertemu ayah mat yang juga terlantar di rumah, terasa juga tak akan dapat melihat rumah sendiri dan berjumpa anak2 serta saudara mara.

Umi Long pula menyebut bahawa ayah mahu 'pergi' dahulu daripada anaknya / 'Abang D. Barangkali kerana doa dan harapannya, ayah D sempat beberapa kali mengheret diri yang masih uzur ini menziarahi ayah sehinggalah beliau wafat hari Rabu 3 Muharram 1430 bersamaan 31.12.2008. Almarhum pergi bersama tahun berlalu. Semua anak2nya yang 13 orang itu ada di samping beliau sambil mentalqin kalimatan tayyibah itu. Kita bersyukur.

Ayah D amat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT bertemu dengan ayah setelah kami terpisah pandangan setengah tahun lebih. Bersyukur juga kerana kita anak cucunya dapat pula sama2 membaca al-Quran setiap malam Jumaat, selama tujuh malam. Bersyukur kerana dapat menziarahi kuburannya sambil mendoakan kerahmatan Allah buat ayah tercinta.

Buat umi Long dan Pakcik Rahim kita harap dugaan dan 'tazkirah' dari Allah itu hadapilah dengan penuh kesabaran. Nilaian harta menjadi amat murah kalau dibandingkan dengan nilai nyawa dan kesabaran. Sifat redha kita pula menjadi kita lebih taqarrub ilallah. Sama2 kita ingat: bahawa bila kita sakit, barulah kita tahu betapa mahalnya harga sihat. InsyaAllah.

Buat Majdi yang menanggung dugaan fisikal, ingatlah sebelum kita dewasa banyak lagi dugaan yang akan kita hadapi. mahunya kita ingat Allah, istiqamah dan tawakkal. Ok! Lepas ni terus belajar dan bersungguh hingga berjaya.
........

Buat Pak Din! Tahniah dan welcome to our world.. inna khalaqnaakum azwaaja.. dunia ini mahukan kita lebih teliti, cerdik dan selalu diwarasi hukum Allah. Ayah D dapat gambarkan betapa kamu gembira seperti juga kak Iffah dan kak Izzah. Kena ingat bahawa kamu kena jaga seorang anak perempuan yang baru join keluarga kita. Jagalah dengan serius, kasih dan mesra. Buat parter Pak Din tu @ anak saudara baru...Ayah D nak pesan jagalah Pak Din kami dengan serius, kasih dan mesra juga. Ingatlah bahawa kebahagiaan @ as-sa'adah @ happinness itu tidak ada / tidak dijual di mall baik secara borong atau secara runcit.

Alangkah sukanya kalau ayah ada dan bertemu cucu2nya yang telah bernikah itu...'Iffah, 'Izzah dan 'Izuddin. Alfatihah buat ayah tercinta, semoga almarhum dinaungi keampunan dan rahmat Allah Taala...Aamiin.

13 comments:

  1. terima kasih atas ingatan dan tazkirah.semoga demam ini menjadi kifarat kepada dosa2 kami. semoga ayah di juga bertambah sihat.
    suka kami tengok ayah di sihat sekarang.

    '~ADIB & AS*M~'

    ReplyDelete
  2. majdi anak mok cik ani..abe http://tigac.blogspot.com & http://abdulrahmanadib.blogspot.com ..

    ReplyDelete
  3. salam. ANZARTIKA = Asrul Nizam bin Zainal Abidin pula adalah anak saudara Ayah D. Jadi anak sepupulah kepada Majdi dan sdr2 yang sewaktu dengannya.
    Buat Nizam... kena tanya2 dan ziarah2lah waris2 yang ada di KL, Shah Alam, Sg Buloh & Putra Jaya...hendaknya saling bertanya kabar. ok.

    ReplyDelete
  4. rase kemesraan maken rapat apabila silaturrahim antara keluarge dijage..
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. Hehehe..toing terkena kat dahi ambo ...

    majdi ni anak makcik ni keberapa?
    adib plak anak keberapa
    asim plak?

    tak ingat sedara ramai sangat kena plak yang tidak berzaman remaja sama²..

    Kalu buat Family Day Syok jugak nih

    ReplyDelete
  6. itu la nizam..mari rumah ambo,kite berkenalan semula..majdi no. 5,adib no. 6,asim no. 7..we are the last of mak cik ni n pak cik rahim's hulubalang..jemputla..kami dah blk putrajaya ni..

    ReplyDelete
  7. yes betol tu fathi. aritu masa duk masak dengan ma n acik, ma ada sebut, sepupu ni takde beza dengan adik beradik.. same je..

    haaa abe nizam btol tu. bwt family skali syok gak tu.. ade sape2 sanggup jadi project manager? hehe

    ReplyDelete
  8. selalunya,umi kite la sanggup jd manager..sekarang gpk kokurikulum tu tengah sebok dgn projek kokurikulum nye.nanti umi kite lapang,kite buat perjumpaan kat umah kite.

    ReplyDelete
  9. stuju ngan ain.k.long pon rasa kita patut buat satu perjumpaan keluarga.kalau boleh semua anak ayah mad yang 13, beserta cucu cicit (yang dok obersea tu nak wat camner kan).

    masa perjumpaan tu,kita tunjukkan carta salasilah keluarga dan saling berkenalan (memang ada yang tak kenal) macam mak sepupu dan anak sepupu dah kira jauh (sbb tak dok dekat).alahhhh k.long sendiri pon tak ingat semua nama spupu tambah2 di peringkat adik2 .macam nizam kata,kita tak membesar dan remaja bersama.

    kebetulan kita kat tapang ni mmg ada plan nak buat 'family day'.plannya nak buat kat sweet beach resort (tok bali).ingat baru nak propose kat mok dik n ayah di.tapang ni dah maklum semua.kalau semua setuju oghe tapang boleh jadi project manager.:)

    ReplyDelete
  10. menarik jugak family day nih..bila nak buatnya..

    janji masa tu semua orang free atau cuti sekolah dan berduit hehe...Lagi best ada orang yang sponsor utk yang tidak berkemampuan.

    kalau nak tunggu raya lama lagi lepas tu plak masing² tak sempat nak berjumpa masa raya.
    Kalau nak tunggu majlis kenduri kdg² ada yang tak sempat nak pergi / balik kampung.

    P/S: marilah pakat-pakat join
    http://www.geni.com sekarang ni dah semakin besar

    ReplyDelete
  11. Haish, mana aci, oghe tadok! Kalu nok wak loni, keno wak skali lagi bilo ore balik next year.

    -Yang sokmo miss out-

    ReplyDelete
  12. cadangan tu akan kita bincangkan di peringkat majlis tertinggi. jika cadangan lain sila nyatakan sebelum cadangan ditutup. wassalam.

    ReplyDelete