Friday, January 16, 2009

Anda Semua Adalah Cucu-Cucu Yang Baik

Tanggal 31 Disember 2008 adalah hari yang meninggalkan satu memori yang berbagai-bagai untuk semua. Hari itu, kita semua bersedih kerana ditinggalkan oleh seorang manusia yang menjadi tonggak kepada keluarga besar kita.

Dalam masa yang sama, Ayah La agak terharu bercampur gembira melihat semua cucu-cucu ayoh menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan begitu excellent sekali. Ayah La rasa semua cucu-cucu ayoh membaca alQuran dengan begitu consistent dan berterusan, dan alhamdulillah ayoh pergi dengan begitu tenang sekali. Itu adalah hadiah paling berharga untuk ayoh kerana diiringi alunan bacaan ayat-ayat suci dari semua cucu-cucunya. Tahniah untuk anda semua.

Selepas pemergian ayoh, anda semua juga telah sama-sama menyumbang tenaga bagi mempercepatkan persemadian ayoh, sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Misalnya, yang agak veteran menolong buat police report dan lain-lain tasks yang agak heavy, sementara yang muda-muda pula turut menyumbang keringat dan tenaga mereka. Bagi pihak Ayah La, Ayah La agak impressed kerana assignment yang Ayah La bagi untuk tukar duit RM10 sebanyak RM2000 dapat anda (Fathi, Fateh, Fawwaz, Kakak et al) lakukan dengan baik. Dengar cerita, sampai kena deposit duit banyak kali and then withdraw in RM10 sampai cukup RM2000. Quite a gargantuan task and you all performed very well. Anda semua juga telah berhujan di kubur dan sama-sama terkena selut bagi menyempurnakan jenazah ayoh.

Anda semua adalah cucu-cucu yang cemerlang kepada seorang datuk yang cemerlang. Carry on dengan menjadi anak yang cemerlang kepada ibu-bapa anda.

Salam sayang dari Ayah La.

1 comment:

  1. tp along dan adik2 x sempat sampai ke kb.. sedih sgt rasanya tak dpt bersama-sama keluarga lain waktu tu :(

    ReplyDelete