Wednesday, January 14, 2009







Ayah...Ayah...

Masih tidak puas memanggil, ayah sudah tiada..Ayah sudah pergi...Selalunya setiap hari pulang dari pejabat, persinggahan pertama dalam rumah ialah katil ayah...bertanya adakah ayah sudah makan, dan adakah ayah terasa nak makan apa-apa..."dah makan nasi..tapi ayah rasa nak makan kuih lembik.."itulah jawapan yang sering keluar dari mulut ayah...dan selalunya kami akan keluar mencari akok atau mengambil agar-agar yang ma buat dan menyuapnya ke mulut ayah...
Dan selalunya bila ayah ternampak sesiapa melintas di tepi katilnya, akan kedengaran suara ayah memanggil-manggil. Abang, adik dan baby akan dipanggil dan disuruh menumbuk betis dan pahanya...sekejap sahaja, ayah akan menyuruh berhenti..."takut cucu lenguh..."
Kini rumah ini terasa amat sunyi tanpa itu semua..Kami benar-benar kehilangan, budak-budak nampak begitu kesepian...setiap hari baby akan bertanya bila nak ke kubur ayah, dia terlalu rindu. Masih terdengar-dengar tangisan kuat baby pada jam 4 petang 31 Disember itu..."kenapa ayah jadi macam tu..."Betapa kuatnya perasaan cinta seorang datuk kepada cucu-cucunya, dan betapa utuhnya kasih cucu kepada datuknya...Kami bahagia dikurniakan anak-anak yang telah berjaya menggembirakan hati ayah pada waktu-waktu terakhir hayatnya...kami sentiasa menemani, cucu-cucu kecil ini sentiasa mengelilingi ayah...memang takdir kami belum pernah merasa tinggal di rumah sendiri..dan kami menganggapnya sebagai rezeki Allah kepada kami untuk hidup bersamanya sehingga ayah menghembuskan nafas terakhir...kami berharap ayah sentiasa redha dengan kami...dan kami sentiasa berdoa agar Allah mengampuni kami jika ayah pernah berkecil hati kepada kami selama kami tinggal bersamanya. Ayah yang hebat, tanpa cinta kasihmu, siapalah kami....

2 comments:

  1. Sabarlah bi dan adik..Allah dah tentukan ayah pergi. Kita yg hidup teruskan hidup dan tunaikan tanggungjawab dengan Allah dan ikuti pesan ayah. Moga ayah berbangga dengan anak cucunya yang soleh dan mendoakan kerahmatan Allah buatnya.ayah d.

    ReplyDelete
  2. kita dah tak ada satu perkataan keramat yang menjadi pivot dalan hidup kita: 'ayah'. semoga Allah memberi ganjaran kerana menjaga ayah selama ini. you have sacrificed a lot.

    ReplyDelete