seingat aku, aku dampingi ayah dalam 'usia paling muda' ialah ketika di kampung humalanas takbai thailand selatan. ayah adalah pengasas dan tok guru pemondokan @ pasentren di situ. rumah kami besar ada tiga bilik. ada pokok kelat besar di depan rumah dan di sebelah rumah ada balassah @ madrasah sebagai tempat ayah mengajar dan sudah tentu untuk berjemaah solat.
entah berapa umurku ketika itu. masih kecil, barangkali berusia 3-4 tahun. kuingat aku pernah menaiki tangga masuk ke balassah sehabis saja jemaah menunaikan solat. sudah tentu ayah menjadi imam solat tadi. dengan kemanjaan seorang anak kecil aku berlari dan terus duduk di atas riba ayah yang sedang berwirid. dia membiarkan aku duduk di ribaannya, bangun atau bergerak manja kesana kemari. ahli-ahli jemaah yang lain tidak mempedulikan telatah nakalku, maklumlah aku ni anak lelaki tok guru mereka.

itulah satu-satunya nostalgia zaman soghirku bersama ayah semasa di tanah seberang, tanah kelahiranku itu (adikku azimah juga dilahirkan di sana!). kisah lain-lainnya aku lupa.
jadinya, tanah tumpah darahku ialah sebuah kampung yang berada dalam wilayah bangnara @ narathiwat salah satu dari 4 wilayah milik muslimin sejak lama lampau. lagi 3 wilayah ialah pattani, jala @ yala dan Senggora @ Satul. namun keempat-empat wilayah itu kini masih di bawah jajahan siam / thailand pimpinan buddhist bangkok. empat wilayah itu adalah wilayah-wilayah bergolak yang mencatat korban syahid yang banyak sejak ianya dijajah hampir 2 abad yang lalu.

yang La nampak ialah ayah apply cara yang Rasulullah (saw) ajar tentang the first 7 years, second 7 years dan third seven years of the child, di mana cara melayani anak2 ini adalah berbeza.
ReplyDeleterasanya tok ayoh pun ada buka tanah di selatan thailand. ada sapa2 boleh verify?
kalau begitu yang La nampak cara ayah apply pula terhadap anak2nya demikian maka sesungguhnya ayah telah menurut sunnah. mudah2an diberkati dan diikuti pula oleh kita.
ReplyDeletetentang tok ayah (tok ayah awang or tok ayah weil?), takpernah dengar pulak ceritanya...xapa kita cuba selidiki...
malam tadi ada abang D sebut hal tok ayoh buka tanah tu pada ma... dia kata memang benar tok ayah ada buka tanah dekat sempadan p.mas atau rantau panjang... gual periuk ke..gitulah... tapi tok ayah awang dah jual. kata ma tak silap waktu dia masih sihat...untuk belanja gi wat haji mekah... kata ma..ingat2 lupa.
ReplyDeleteRasanya pernah sekali tahun lepas pernah tengok tapak pondok ayah mad tak tahu pun situ tempatnya padahal memang selalu lalu kawasan tu setiap kali balik takbai.sekarang ni dah ada orang kampung duduk kat kawasan tu,memang nampak lagi kawasan tu suasana zaman dulu sebab pokok situ ada lagi dengan pokok nyo.lagi pun di kawasan situ pembangunan lambat jadi banyak lagi keadaan yang tak berubah,cuma tak pasti tanah tu dah jadi hak milik orang sana atau tak.
ReplyDeletemasa tingkatan 5 dulu² pernah hadiri kelas agama tok ayah mad ajar di pulau kapas dengan 2..3 orang member belajar pasal syarat-syarat khutbah jumaat,masa tu 3 orang jer yang hadir sbb masa tu takder orang.mungkin masa tu hujan kot.
ReplyDeleteItu jer yang terakhir dan sempat dengar tok ayah mad ajar masa tu dia bawak moto pasolla lepas tu dia tak larat bawa motor sampai lah dia terlantar sakit hingga ayah mad meninggal