Ayah berniaga di kedainya bersama ma dibantu aku dan Kak dah. Sambil itu sudah tentu ayah bertungkus-lumus membuat jeruk untuk dipasarkan.
Aku mula masuk Sekolah Majlis (Maahad Muhammadi (M) Lelaki barangkali dalam tahun 1960 terus dalam darjah II. Tarikh yang terdapat pada surat sijil tamat dari sekolah itu tercatat 15 Syawal 1384H bersamaan 7 …….1965M. Sebagai kenangan kuperturunkan di sini salinan sijil tersebut yang asalnya bertulisan jawi.

( Malu jugak rasanya nak tayang dengan kejayaan aku tak seberapa tu.... Sekolah ni kalau tak lulus subjek asasi, maaflah tak akan diangkat kelas; namun syukur aku ok seumur walau pun tidak dapat keputusan yang terbaik! Kalau tidak diangkat kelas, maknanya pelajar akan mengulang @ repeat di kelas sama sehinggalah lulus dan melayakkan pelajar ke kelas baru. Maka tidak heranlah kalau terdapat pelajar-pelajar yang 'berusia tua' hingga 15 -16 tahun di darjah VI).
Okey, di bawah ini salinan sijil tu: (padan dah dengan muka aku, seorang murid yang ' rajin' tidur awal, pembantu kecil kedai runcit ayah, besar dengan udara bandar, suka main 'berambat' @ main tol 'polis sentri', suka mandi sungai dekat Sultan's Pier, tengok wayang free di Padang Beng (Mercentile Bank @ Bank Kerapu) dan suka naik basikal sewa dengan cina kedai basikal dekat stesen bas NETS ( North Eastern Transport Services kemudiannya jadi SKMK hingga sekarang). Sewaan basikal tu bernilai 10 sen sejam..hah..ha... ok bila melihat copy sijil / keputusan tamat darjah VI aku tu, jangan mengata apa-apa deh!), nah ni dia:
Sijil Sekolah Melayu Maaad Muhammadi
Majlis Ugama Islam dan 'Adat Isti'adat Melayu Kelantan.
Halaman seturut (5108) Bilangan dalam daftar (14)
Bismillahirrahmaanirrahiim
Majlis Ugama Islam dan 'Adat Isti'adat Melayu Kelantan.
Halaman seturut (5108) Bilangan dalam daftar (14)
Bismillahirrahmaanirrahiim
Bahawa Pejabat Pelajaran Majlis Ugama Islam dan 'Adat Istia'adat Melayu Kelantan mengeluarkan surat akuan ini kepada Abdul Hadi bin Muhammad bagi menandakan yang ia telah tamat pelajaran Darjah Enam (VI) iaitu darjah yang tertinggi di Sekolah Melayu Maahad Muhammadi dengan mendapat pangkat yang ketiga.
2. Adapun kenyataan pelajaran2nya adalah bagaimana yang dicatitkan di bawah ini. Mudah-mudahan Tuhan sentiasa melorongkannya kepada tiap2 yang mendatangkan kebajikan dan memberi pertunjuk kepadanya pada jalan yang diredhaiNya.

Kenyataan Pelajaran
1 Bacaan Jawi BBilangan: Jenis Pelajaran: Markah
2 Bacaan Rumi A
3 Rencana Jawi -
4 Rencana Rumi A+
5 Ilmu Hisab F
6 Tawarikh Melayu A+
7 Ilmu Alam A+
8 Ilmu Kesihatan A
9 Tulisan Jawi A
10 Tulisan Rumi D
11 Lukisan C
12 Bahasa Inggeris C
13 Algebra & Geometri F
14 Tauhid A
15 Feqah C
16 Tafsir F
17 Hadith D
18 Bahasa dan Karangan A
19 Tawarikh Islam A
20 Ilmu Kejadian A
21 Bahasa Arab D
Majlis Ugama Islam dan 'Adat Isti'adat Melayu Kelantan
Kota Bharu, pada 5 haribulan Syawal 1384
Bersamaan 7 haribulan……….. 1965
t.t (dan cop)
Pegawai Pelajar
Majlis Ugama Islam Kelantan.
Wah banyak nye subjek kena belajar dan ambil periksa akhir tahun darjah VI. Ada 21 semuanya. Kalau semua keputusan itu berjaya dengan cemerlang, sudah tentu aku dapat 21A+ dan sudah tentu aku jadi pelajar terbaik seluruh Malaya. 'Anak tokey jeruk kelubi berjaya dapat 21A+', kata surat kabar dalam khayalanku. Walau pun ada markah subjek-subjek yang gagal, ayah tidak pernah memarahiku ataupun memulas telingaku.
Masih kuingat ayah selalu mengatakan, " Kita tidak boleh mengejar ilmu, kita kena pintas. Kalau kejar sudah tentu kita di belakang". Kata-kata ayah itu cukup memberangsangkan untuk maju, tapi aku hanya terberangsang sewaktu kata-katanya itu panas-panas di telinga, selepas itu rangsangan baik itu berlalu. Patutlah tidak sebaik mana persembahan hamba ini.

Namun melihatkan result sijilku di atas, subjek Ilmu Hisab, Algebra & Geometri dan Tafsir aku rasa kagum dengan 'kepintaranku' sendiri hingga aku dapat 3F. Memang hingga kini aku amat 'pintar' dalam subjek Ilmu Hisab, Algebra dan Geometri yang diberi penjenamaan semula 'Matematik'! ( apatah lagi sejak 2002 hingga kini subjek matematik bersama Sains (Ilmu Kejadian) dipelajari dalam Bahasa Inggeris. Mahathir punya kerja!) Tak apalah janjinya aku dapat menunaikan harapan ayah.
Selepas berjaya tamat di Sekolah Majlis itu aku kemudiannya dapat menyambung ke sesi menengah di Maahad Muhammadi (Arab) pula langkau kelas terus ke tingkatan 2. Kecuali subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab, Ilmu Sains, Geografi dan Sejarah; semua pelajaran lain / subjek agama diajar dengan pengantar Bahasa Arab di samping buku-buku teksnya adalah kitab-kitab Arab. Syukur Alhamdulillah . (….ada lagi)
No comments:
Post a Comment