Friday, January 2, 2009

Ayah...Sebulan Dah Berlalu....

Hari ni 31 Januari 2009...genap sebulan ayah pergi mengadap Rabb. Banyak peristiwa berlaku selepas pemergian ayah..dan masih banyak airmata mengalir mengenang kasih ayah...ingin dikongsi bersama apa yang kami alami sehari dua ini...

Kisah 1:
Kelmarin, Jumaat 30 Jan, kami ke kubur ayah. Sesampai shj depan pagar, terserempak Ustaz Daud...tersentak, melihat persamaan wajahnya dengan ayah yang amat kami rindui..airmata pun mengalir tanpa sedar.

Kisah 2:
Jam 11 pagi tadi, seorang wanita dtg ke rumah, meminta sedekah. Dengan sebahagian dari perutnya yang begitu buncit, wajah yang kesakitan dan kelelahan, beliau memohon simpati kami untuk memberikannya sedikit wang, buat belanja anaknya yang ingin membeli pakaian sukan..Dia menceritakan bahawa dia sakit dalam perut, dan menyelak perutnya yang akan dibedah pertengahan bulan ni.Dah lama dia menanggung sakit, tetapi kerana dia berasal dari Thailand, setelah mendapat IC merah barulah dia boleh mendapatkan rawatan di HKB. Setelah diberikan wang sebanyak RM20, dia terkejut, dan mencium wang itu sambil menangis teresak-esak..."rezeki saya...rezeki saya...banyaknya kak bagi...saya doakan kak murah rezeki'' Alangkah.....Alangkah. Afaaf pula terus memanggil ma keluar, dan ma jg memberikannya RM20..makin kuat esaknya..dia menyambung cerita bahawa dia berjalan kaki dari Sri Cemerlang, rumah kakak tempat dia menumpang, kerana dia hanya mempunyai RM1 dan tidak mampu membayar tambang teksi untuk keluar meminta sedekah. Kami menyuruhnya datang lagi, dan kami juga akan mengunjungi rumah tumpangannya.Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah kurniakan kami ayah dan ibu yang telah mengajar kami erti kasihan belas, yang sentiasa menerapkan dalam diri kami untuk berkongsi kesusahan orang lain, dan yang telah menanam perasaan ihsan yang tinggi dalam diri kami...Jika tidak kerana kurnia-Mu ini, kami mungkin anak yang tidak berterima kasih, kami mungkin hamba-Mu yang tidak bersyukur. Ayah yang telah pergi, berbahagialah di sana...ajaran dan didikan ayah, melekat kukuh di hati dan jiwa kami...benak kami sudah ayah pahat sekuatnya..Insya Allah, sampai mati, kami amal apa yang ayah sentiasa syarahkan..

Kisah 3:

Tadi kami bawa ma ke kedai Jaafar Rawas, ma nak beli sendiri kain pelekat untuk ngaji 40 ayah...Lepas beli kain, kami ke kedai nasi sumatera berhampiran...kedai yang ayah selalu pergi..semua anak-anak tahu ayah suka makan nasi sumatera. Kalau kami bawa ayah ke bandar, ayah pasti nak singgah kedai tu.Ayah akan kata ayah dahaga..Sebenarnya ayah nak belanja kami makan..Kami cukup faham..sebab ayah tak makan pun, ayah cuma minum dan beria-ia suruh kami order makanan.Kali terakhir kami bawa ayah ke situ ialah awal tahun lepas..tapi ayah dah tak boleh masuk dalam kedai lagi. Kami order teh untuk ayah, dan bawa secawan teh itu ke dalam kereta untuk ayah minum..

Terlalu banyak kenangan kami bersama ayah yang tak mampu dicatat kesemuanya.

Dan petang tadi, kami mendapat berita durian berbuah...kami menangis lagi mengingatkan betapa bersungguhnya ayah setiap kali musim durian tiba.

No comments:

Post a Comment